Sejarah SMK Nabawan

Posted by blogger SMKN | Posted in | Posted on 1:36 AM

Mula dibina sejak tahun 1972 serentak dengan perlaksanaan Rancangan penempatan Nabawan yang di kelolakan oleh Lembaga Kemajuan Negeri Sabah (LKTNS). Peringkat awalnya, sekolah ini hanya digunakan sebagai sekolah rendah dan dikenali sebagai SRKKampung Bahagia. Namun kemajuan akademik yang dikecapi telah meningkat setiap tahun dan ramai ibu bapa yang tidak berkemampuaan untuk menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah di daerah Keningau dan tenom. Oleh itu SRK Kampung bahagia telah dijadikan sekolah menengah sementara dan telah dimulakan sejak Januari 1976 dengan gelaran Sekolah Menengah Kebangsaan Nabawan.
Pada peringkat awalnya, sekolah kebanggaan masyarakat setempat ini hanya mempunyai 89 orang anak didik sahaja dengan tiga kelas tingkatan satu. Bagaimanapun, seperti kata pepatah Melayu, "Sekali bah, sekali pantai berubah" , begitu juga dengan SMK Nabawan, sekarang ini pelajarnya telah meningkat lebih daripada 1, 200 orang (89% suku kaum Murut) dengan tenaga pengajar menjangkau hampir 60 orang. Pelbagai kemudahan juga telah disediakan.
Antara kemudahan infrastruktur dan prasarana yang tersedia ialah asrama lelaki dan perempuan, surau, kantin, pusat sumber, dewan serbaguna, makmal sains, pejabat pentadbiran, bilik guru rumah pekerja KTBM, koperasi sekolah, kuarters guru, gelanggang-gelanggang permainan dan sebagainya yang berkenaan.
Bangunan sekolah SMK Nabawan yang tersergam indah sekarang ini telah mula dibina sejak 1979 dan siap sepenuhnya pada tahun 1983 dan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Mohammad Adnan Robert, Yang Dipertua Negeri Sabah. Terasminya bangunan baru ini telah merencanakan satu lembaran baru debngan wajah baru kepada warga Nabawan.
sumber: Majalah Sekolah 2001

Related Posts with Thumbnails